“Happy 95th Birthday, Sir”, Najib Razak Sampaikan Ucapan Buat Tun Mahathir

Trending

“Happy 95th Birthday, Sir”, Najib Razak Sampaikan Ucapan Buat Tun Mahathir

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 95 tahun. Di laman Twitter kini, orang ramai menghujani ucapan selamat hari jadi kepada beliau sehinggakan “Happy Birthday Tun” muncul sebagai kata kunci trending di Twitter.

Di sebalik ucapan daripada masyarakat Malaysia, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak juga tidak terlepas memberikan ucapannya. Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk Tun Mahathir.

Advertisement

“Happy 95th birthday, sir. Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia.”

Dalam masa dua jam ianya dikongsikan, ucapan tersebut telah mendapat lebih 2,000 komen dan dikongsikan sebanyak lebih 1,000 kali. Pada ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia turut menyampaikan ucapan dan mendoakan yang terbaik buat bekas Perdana Menteri itu.

Biarpun seteru itu merupakan individu yang bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa selepas 62 tahun memerintah negara, Najib tetap mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir ke-95 kepada Tun Mahathir.

Mengimbau kembali perjalanan kehidupan tokoh negara ini, Tun Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 tetapi tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...