‘Hanyalah Display’ – Amyra Rosli Dikecam Membazir, Ini Penjelasan Pembuat Kek

Trending

‘Hanyalah Display’ – Amyra Rosli Dikecam Membazir, Ini Penjelasan Pembuat Kek

Pasangan selebriti popular, Amyra Rosli dan Amar Baharin menerima kritikan gara-gara memuat naik gambar comot anak-anak bersama sebuah kek. Difahamkan, foto tersebut diambil ketika sambutan ulang tahun kelahiran puteri mereka, Ayra Arissa.

2 years lalu

'Ramai Orang Susah Nak Dapat Makanan, Korang?' - Netizen

Advertisement

Terbaru, pemilik akaun, Mad About Cake menerusi Instagram memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Katanya, kek di dalam gambar hanyalah kek display yang diletakkan krim di bahagian atas.

Kek display sahaja

“Salam semua. Untuk pengetahuan, sebagai pembuat kek kami turut berkolaborasi bersama photographer dan artis dalam sesuatu kempen atau projek. Antaranya menyediakan kek display bagi tujuan props dan kegunaan media. Mungkin ramai tidak tahu kami menawarkan perkhidmatan ini kerana kami hanya berkolaborasi dengan teman rapat.

Dan antara salah satunya adalah tentang kek Amyra. Memandangkan Amyra adalah kenalan rapat kami sejak dulu, dia ada menempah kek birthday untuk anaknya. Dan berkongsi idea untuk sesi photography. Kami yang sarankan untuk kek display. Kek display diperbuat dari suku bahagian kek dalan selebihnya dummy dan cream.

Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang malah menyokong kami sejak dari dulu. Malah dalam krisis pandemik dia turut membantu kami dengan menempah kek. Malah membantu kami promosi secara percuma. Terima kasih Amyra dan Ammar atas kepercayaan diberikan buat kami.

Dan terima kasih kerana menyokong peniaga seperti kami semasa pandemik. Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terasa. Dan terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong kami sepanjang pandemik yang berlaku. Stay safe everyone. Kami doakan rezeki kita sama-sama diberkati Allah.”

Menurutnya lagi, untuk sesi fotografi kek display digunakan untuk memahat memori manis dengan yang tersayang. Yelah masing-masing ada cara tersendiri kan? Diharapkan peminat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pembuat kek ini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...