“Hanyalah Dari Hati Seorang Rakyat..” Naim Daniel Kongsi Twit Tentang Menteri Di Malaysia

Hiburan

“Hanyalah Dari Hati Seorang Rakyat..” Naim Daniel Kongsi Twit Tentang Menteri Di Malaysia

Penyanyi dan juga pelakon, Naim Daniel baru-baru ini ada meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah menteri yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia.

Perkara tersebut dizahirkan Naim menerusi sebuah twit di laman Twitternya yang berbunyi “Wahai Pak Menteri yang lanjut umur, sudahlah kalian menjadi pisau cukur. Rakyat pula disuruh bersyukur”.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Penyanyi lagu Purnama ini menjelaskan bahawa dia hanya meluahkan apa yang terbuku di hati dan juga sebagai seorang rakyat Malaysia.

Naim yang dihubungi media mengakui memang benar dia yang menulis twit tersebut di Twitternya.

Kata Naim lagi, dia hanya meletakkan dirinya sebagai rakyat Malaysia yang turut mengalami pelbagai perubahan sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu.

Mengakui dirinya sering mengambil tahu apa yang terjadi dengan keadaan ekonomi negara sehingga ada yang betul-betul terjejas, Naim berkata rakyat mempunyai suara untuk menzahirkan tentang apa yang berlaku.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Namun begitu, pelakon drama Pia ini menjelaskan bahawa dia tidak ‘pukul rata’ kenyataan tersebut terhadap mana-mana pihak secara khusus.

“Apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat, secara suka atau tidak, kita semua sedar, apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa oleh rakyat. Apapun, kita tak akan sembarangan meluahkan rasa, kalau kita tidak merasa sesuatu perkara itu.” – Naim Daniel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...