Pengarah Drama Nur, Shahrulezad memberitahu bakal menerbitkan sebuah filem bertemakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak lama lagi.
Menyedari bahawa LGBT ini merupakan sebuah isu hangat dan sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia, Shahrulezad berkata dia sudah bersedia dengan apa jua kecaman dan komen yang bakal diutarakan netizen kelak.
Dia turut memberitahu bahawa penghasilan filem itu adalah hanya untuk menyebarkan dakwah dalam komuniti ‘straight’ dan LGBT.
“Semoga Allah pelihara dan bersihkan niat abam dan team dalam berkarya. Semoga dipermudahkan usaha dakwah kecil kami terhadap komuniti straight dan LGBT.”
Advertisement
Bakal menamakan filem terbarunya itu dengan tajuk ‘PLU’, dia juga kini sedang giat mencari pelakon yang sesuai untuk membintangi filem tersebut.
Hasil perkongsian pencarian bakat tersebut ternyata telah mengundang rasa kurang senang warga maya yang mengaitkan tajuk filem berkenaan dengan dunia LGBT.
Namun, menurut Shahrulezad juga menjelaskan bahawa filem berkenaan tidak akan ditayangkan di mana-mana stesen televisyen dan hanya akan disiarkan menerusi platform digital
“Mereka acah-acah hispter dan terbuka tapi baru tengok tajuk PLU dah mengigil satu badan terbayangkan api neraka.”
Jelasnya lagi, filem itu dihasilkan untuk mengajak para penonton menyelami dunia PLU, dan juga diharap akanmembantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menangani isu ini secara holistik dan menyeluruh.

Anonymous
June 11, 2020 at 4:45 pm
Tak yah la dok buat drama bodo kau cam citer nur,bodo tahap maksimum ..engkau nak lgbt sensorang cukup tak payah nk buat citer satu msia psl lgbt ..gigi & idong kau tu pecah lobang,pelesu sgt nyah
Anonymous
June 11, 2020 at 12:14 pm
Haih, mmg padan la org malas layan citer Malaysia, bajet x ke mana, mesej pon negatif, kreativiti cetek. Haihh, sedih tengok mentaliti xmau maju.
Anonymous
June 11, 2020 at 10:54 am
okay la cite gini dari cite clishe org kaya nak kat org miskin, laki kaya hensem. nak muntahhh. masa untuk nafas baru. netizen jgn nk pikiran sempit sangat. movie mcm ni bagus untuk pengajaran
Dilla
June 11, 2020 at 10:28 am
Bagus tu, memang perkara patut kita tabik. Islam tak diskriminasi terhadap kaum LGBTdan patut terima mereka dengan tangan terbuka. Mereka juga manusia dan ciptaan Allah, so kena lah terima dan tak perlu caci mereka. Mereka tetap Islam dan mungkin lebih mulia daripada yg ustaz atau pu