Hanya Untuk Tujuan Dakwah, Shahrulezad Sanggup Terima Kecaman Dalam Penghasilan Filem PLU

Hiburan

Hanya Untuk Tujuan Dakwah, Shahrulezad Sanggup Terima Kecaman Dalam Penghasilan Filem PLU

Pengarah Drama Nur, Shahrulezad memberitahu bakal menerbitkan sebuah filem bertemakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak lama lagi.

Menyedari bahawa LGBT ini merupakan sebuah isu hangat dan sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia, Shahrulezad berkata dia sudah bersedia dengan apa jua kecaman dan komen yang bakal diutarakan netizen kelak.

Advertisement

Dia turut memberitahu bahawa penghasilan filem itu adalah hanya untuk menyebarkan dakwah dalam komuniti ‘straight’ dan LGBT.

View this post on Instagram

Terima kasih @bobofahad di atas write up ini. Semoga Allah pelihara dan bersihkan niat abam dan team dlm berkarya. Semoga Allah permudahkan usaha ‘dakwah kecil’ kami terhadap komuniti straight dan LGBT. Segala kecaman, cacian, ugutan yg dilemparkan abam akan cuba telan dan hadam. Ibarat mahu mengubati penyakit tokak di kaki. Kita perlu berdepan, menghidu bau pekung hanyir jijik nanah yg ada, baru kita boleh ubati. Bukan semudah memotong terus kaki tanpa cuba merawatinya. Jgn bimbang karya PLU ni tak akan ditayangkan di kaca TV drama tempatan sebab abam tahu majoriti penonton sebenarnya tak ler seterbuka mana pun. Derang acah acah hipster terbuka jer uols. Manakala baru tengok tajuk PLU jer dah mengigil satu badan terbayangkan api neraka padahal tu baru casting call poster belum lagi tgk real poster lagi ? So abam tak letak harapan pun rakyat Malaysia akan menyokongnya. InsyaAllah semoga Allah permudahkan ?. . *Bagi sesiapa yg beria ia tag Jakim pasal hal ni. Satu benda jer abam nak bagitahu. Kat Jakim sendiri ada department yg mengkhususkan issue LGBT ni dik. So apa yg abam buat ni sebenarnya nak bantu Jakim sendiri dalam menangani issue ni secara holistik.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

“Semoga Allah pelihara dan bersihkan niat abam dan team dalam berkarya. Semoga dipermudahkan usaha dakwah kecil kami terhadap komuniti straight dan LGBT.”

Bakal menamakan filem terbarunya itu dengan tajuk ‘PLU’, dia juga kini sedang giat mencari pelakon yang sesuai untuk membintangi filem tersebut.

View this post on Instagram

Hi guys. Abam skrg tgh scout new cast utk my first feature film tajuk PLU The Story (Working title). . Kriteria watak yg abam perlukan ialah . 1- Ustaz muda berusia lewat 20an atau 30an. Kacak Melayu. . 2 – Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 16 atau 17. Tapi mesti kelihatan matang dari segi personaliti. Mereka yg berusia awal 20 an tapi physically nampak macam 16 atau 17 tahun amat digalakkan. Oh yer, wajah perlu menarik. . Apa yg korang perlu lakukan ialah, . Do your own online casting video. Caranya mudah saja. Korang boleh pilih mana mana scene yg korang rasa menarik, mencabar dan mampu menonjolkan bakat lakonan korang sehingga pihak kami tergamam melihat bakat terpendam korang. Korang boleh pilih mana mana scene yg korang rasa menarik dalam drama Nur. . Apa yg kami carik ialah mereka yg pandai bermain dengan watak watak yg berlapis lapis. Korang jugak boleh mintak tolong kawan atau family members membantu casting ini. . Sila upload video casting ke IG masing masing dengan syarat account jgn private. Dan yg paling penting setiap klip video tersebut mesti lah disertakan hashtag, . #ujibakatPLU #ujibakatPLU #ujibakatPLU Tarikh tutup ujibakat ialah pada 19hb Jun 2020. . Saringan akan dibuat selepas dari tarikh tersebut.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Hasil perkongsian pencarian bakat tersebut ternyata telah mengundang rasa kurang senang warga maya yang mengaitkan tajuk filem berkenaan dengan dunia LGBT.

Namun, menurut Shahrulezad juga menjelaskan bahawa filem berkenaan tidak akan ditayangkan di mana-mana stesen televisyen dan hanya akan disiarkan menerusi platform digital

“Mereka acah-acah hispter dan terbuka tapi baru tengok tajuk PLU dah mengigil satu badan terbayangkan api neraka.”

Jelasnya lagi, filem itu dihasilkan untuk mengajak para penonton menyelami dunia PLU, dan juga diharap akanmembantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menangani isu ini secara holistik dan menyeluruh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...