“Hanya Untuk Mandi, Jadi Kami Nak Minum Apa?” – Pelajar Dakwa Hampir 2 Minggu Tiada Air Di Kolej Kediaman

Kehidupan

“Hanya Untuk Mandi, Jadi Kami Nak Minum Apa?” – Pelajar Dakwa Hampir 2 Minggu Tiada Air Di Kolej Kediaman

Majoriti universiti awam di Malaysia mewajibkan para pelajarnya untuk menetap di kolej kediaman masing-masing.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi keselesaan mahasiswa.

Advertisement

Hampir dua minggu ada gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

Baru-baru ini, seorang pelajar dari sebuah universiti di Perlis telah meluahkan kekecewaannya terhadap pihak pengurusan kerana tidak menyediakan bekalan air yang mencukupi buat semua mahasiswa.

Dia mendakwa masalah air ini sudah berlarutan hampir dua minggu menyebabkan mereka tertekan selain sukar menguruskan diri sendiri.

Mood nak belajar pun kelaut disebabkan masalah air yang berlarutan. Setiap hari datang dengan jawapan “Kami tengah meeting, akan selesai hari ini.”

 

Hari-hari jawapan yang sama daripada pihak atasan tapi masih juga berlarutan.

Pihak kolej beri solusi tapi bersyarat

gangguan bekalan air

Dia menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah mengambil langkah untuk membawa bekalan air yang terhad menggunakan beberapa buah lori dan pelajar diarah untuk mengambil air menggunakan baldi masing-masing dan mengangkatnya ke bilik.

@mimauice Ketiadaan Air bukan perkara yang kita harus pandang ringan. Sebagai pelajar yang terjejas tipu lah kalau kami tidak marah. Mood nak belajar pun kelaut disebabkan mslh air yang berlarutan. Setiap hari datang dgn jawapan “kami tgh meeting, akan settle by today” hari hari jawapan yg sama daripada pihak atasan. tapi masih juga berlarutan. datangkan kami dgn air berlori lori dgn syarat tak blh utk masakan dan minuman hanya utk mandi dan lain lain. jadi kami nak minum apa ? Sudahlah kolej ni jauh dari bandar, nak membeli air pun perlu bergerak jauh.. habis beratus ringgit utk kenderaan dan air sahaja. Ptptn pun lambat masuk 🥰 mcm mana nasib pelajar yg kurang berkemampuan ? adakah dia perlu minum sahaja air yg disediakan ? FIKIR LAH ? ada juga yang sanggup tak makan tak minum sbb nak elak drpd membuang.. yang paling seksa bila perempuan datang bulan/period, ada terfikir k setiap 4 jam kna tukar pad, kalau yg heavy flow ? 1 jam skli. mcm mana nak cuci ?? tak cuci lebih 4 jam pun boleh infection… unimap datang dgn bantuan air, kna angkat air, mcm mana yg skrang tgh on medicine slip disc ? tetap kna angkat ? mcm mana yg mmng tak mampu angkat bnda berat atas sbb kesihatan lagi lagi yg asma ? nak tggu mati k ? lift rosak sbb terlalu berat. lantai licin, terpaksa naik dgn tangga.. tiba tiba terseliuh tiba tiba jatuh tangga … mcm mana ni ? Sangat mengecewakan la, main campus bukan main dijaga dgn rapi sbb lawatan akan disana, course yang beruntung dpt fasiliti yg baik. kami ? kami pun bayar yuran kolej juga. tapi knapa kamu dicampak dan dianak tirikan smpai mcmni ? knpa unimap tak uruskan sblm kemasukan kami ?? kami semangat utk belajar bersemuka, tapi tak sangka akan dapat sampai macam ni. mana hak kami sbagai seorang student.. mana preparation ? post di media sosial tentang persiapan kemasukan pelajar k kolej tapi mana persiapan ? knpa kami sampai merayu rayu ? tolong lah suarakan perkara ini, dan perbaiki semuanya. Pulihkan supaya mental kami jga tak terganggu. kami belajar utk mak ayah kami. Jadi tolong jangan bagi kami kecewakan mereka. #kolejkediamanunicitialam #unicityproblem #baliksampaisettle #unimapmantap #unimapians @Kementerian Pendidikan Tinggi @TV3Malaysia @tvsarawak @mStar Official @MYBERITA @UtusanTV @Berita Harian @Berita RTM @Perlis Hari Ini @PERLISfm ♬ original sound – Mimauice

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.

Syarat tak boleh untuk masakan dan minuman. Hanya untuk mandi dan lain-lain.

 

Jadi kami nak minum apa? Sudahlah kolej ni jauh dari bandar, nak beli air pun perlu bergerak jauh.

Dia turut mendakwa ada pelajar yang sanggup tidak makan dan minum bagi mengelakkan diri membuang air besar serta kecil.

Paling terseksa bila perempuan datang bulan (period), ada terfikir ke setiap empat jam kena tukar pad, kalau yang heavy flow? Sejam sekali macam mana nak cuci? Tak cuci lebih empat jam pun boleh kena jangkitan.

Universiti sahkan ada gangguan bekalan air

Susulan itu, universiti itu tampil membuat satu kenyataan di akaun Instagram rasminya mengesahkan bahawa kampus itu berdepan dengan gangguan bekalan air serius akibat tekanan air rendah dari paip utama.

Sehubungan itu, pihak pengurusan universiti telah memutuskan pelaksaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian bagi semua kelas sehingga masalah ini diselesaikan sepenuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MPP UniMAP (@mppunimapofficial)

kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

UITM jubah ku klux klan
1 day ago

Tular Pelajar Pakai Jubah Ku Klux Klan & Pegang Salib, UiTM Bersuara - "Untuk Beri Pemahaman Terhadap Topik Dibentangkan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...