“Hanya Untuk Konten Supaya Viral & FYP” – Baby Shima Kata PU, Dai & Ustazah ‘Online’ Tak Ikhlas Pun Beri Teguran

Hiburan

“Hanya Untuk Konten Supaya Viral & FYP” – Baby Shima Kata PU, Dai & Ustazah ‘Online’ Tak Ikhlas Pun Beri Teguran

Sebelum ini, penyanyi Baby Shima ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan pendakwah di mana menurutnya mereka ini berat sebelah dalam memberi teguran.

2 years ago

Anggap Pendakwah Diam Diri Kes Amang Seksual, Baby Shima Perli PU Dan Ustazah 'Online'

Advertisement

Kali ini, dia ada berkongsi satu video di akaun Instagram dan meluahkan rasa setuju terhadap pendapat individu di dalam video berkenaan.

Berdasarkan rakaman berkenaan, lelaki itu mengkritik sikap segelintir agamawan yang lantang bersuara menegur selebriti namun tidak berbuat perkara yang sama terhadap kelompok mereka sendiri.

Bukan itu saja, katanya agamawan seharusnya tidak bersikap berat sebelah dalam memberi teguran. Seharusnya apabila mahu menegur, mereka perlu bersikap adil tidak kira artis atau golongan mana sekali pun.

Iya, boleh tegur dan tiada masalah. Cuma teguran itu janganlah berat sebelah kepada artis sahaja. Siapa pun status seseorang, tak kiralah artis atau tak, tiada manusia yang sempurna.”

Tambahnya, mereka ini akan senyap jika timbul kes berkaitan orang agama didakwa meliwat pelajar tahfiz, membuat gangguan seksual dan sebagainya.

Jelasnya lagi, tindakan sebegitu membuatkan orang ramai tidak suka pada pendakwah dan makin menjauhi agama.

Sementara itu, menerusi caption di hantaran tersebut Baby Shima sempat memberi sindiran buat golongan agamawan yang sering memberi teguran ini.

PU, Dai dan ustazah media sosial bukan ikhlas nak menegur hanya untuk konten supaya viral dan fyp.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...