Masihkah anda ingat dengan kisah kononnya Datuk Aliff Syukri yang dikatakan telah memukul anak angkatnya, Ameenah Alip Syah? Insiden itu dilaporkan sendiri oleh pembantu rumah usahawan tersebut sehari selepas kejadian itu.
Bukan itu sahaja, pada ketika itu, turut tersebar salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameenah lantas memarakkan lagi api gosip itu.
Pun begitu, Aliff Syukri menerusi satu entri di laman Instagram rasminya mendedahkan bahawa kes tersebut sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.
Menceritakan keadaan Baem yang cedera dek jatuh motosikal, usahawan itu sempat menyelit dengan selambanya mengenai kes pukul Ameenah itu.
“Kalau Ameenah kena (cedera) mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah, hanya berunsur fitnah!”
Rata-rata pengikut usahawan kosmetik itu meluahkan rasa syukur dan gembira dengan berita tersebut. Bahkan mereka yakin Ameenah dijaga dengan baik oleh kesemua ahli keluarga Aliff Syukri.

Anonymous
June 28, 2020 at 7:03 am
Apa jadi dgn maid dia yg laparkan perkara “fitnah” tu? Kena buang kerja ke? Begitu mudah bibik tu pergi balai polis hanya nak report “fitnah!”
Inilah Alif syukri manusia munafik. Terlalu riak dan bodoh, sampai anak kecil pun kau pukul. Nasib baik kau banyak duit. Kau dapat lepaskan diri kau dgn duit.
Anonymous
June 26, 2020 at 3:57 pm
Kak wok … Msia kalau ada duit semua boleh
kak wok
June 26, 2020 at 3:41 pm
susah nk gambarkan… maid sendri yg report. siap tunjuk lebam2 kt badan ameena. tu sume bukti. alih2 mahkamah ckp tak salah.. sapa plk yg bantai budak tu.. bunian ke