Hanya Tuntutan Tugas, Daiyan Trisha Minta Penonton Tidak Persoal Uniform Singkat

Hiburan

Hanya Tuntutan Tugas, Daiyan Trisha Minta Penonton Tidak Persoal Uniform Singkat

Hanya tuntutan untuk penggambaran drama, Daiyan Trisha yang ditemui media meminta penonton di luar sana tidak menjadikan isu uniform sekolah terlalu pendek sebagai suatu isu yang besar untuk dibincangkan.

DaiyanSumber : Instagram Daiyan Trisha  

“Mana ada pendek sangat, tak perlulah jadi isu,” ujar Daiyan Trisha ringkas ketika diminta untuk mengulas mengenai isu tersebut.

Advertisement

Ini berikutan ada sesetengah pihak tampil mempertikaikan mengapa baju sekolah yang dipakai Daiyan kelihatan agak singkat sehingga menampakkan peha dalam drama bertajuk Projek: Anchor SPM yang bakal ditayangkan kelak.

Tambah Daiyan lagi, pakaian seragam yang digayakan untuk menjayakan watak gadis tingkatan lima bernama Aaida dalam drama tersebut tidak seharusnya menjadi isu kerana ianya hanyalah tuntutan untuk menjayakan sesebuah naskah.

“Mungkin posisi duduk dalam sesetengah adegan yang menampakkan seperti uniform itu kelihatan singkat. Walhal, sebenarnya tidaklah begitu pendek dan tak perlu dijadikan isu besar.”

Meskipun begitu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd, Nasaruddin ini meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan untuk membawa watak pelajar sekolah meskipun sudah berusia 28 tahun.

Menjadikan figura kakak kandung sendiri sebagai rujukan, Daiyan sempat berseloroh apabila mengatakan bahawa dirinya banyak ‘bermain’ ketika di bangku sekolah berbanding kakaknya yang lebih pintar dalam bidang akademik.

Drama bersiri Projek: Anchor SPM arahan Razaisyam Rashid ini bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Citra bermula 15 Mac ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...