Semalam menyaksikan sesi persekolahan kembali dibuka untuk pelajar di Tingkatan 5 dan 6 selepas tiga bulan ianya ditutup. Pembukaan sekolah kali ini adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Susulan pembukaan semula sekolah ini, pihak media turut menemu ramah beberapa pelajar untuk bertanyakan pandangan mereka. Video temu ramah seorang pelajar lelaki tular di media sosial di mana rata-rata netizen terhibur dengan jawapan jujur yang diberinya.
Tak jumpa baju sekolah
apa anjir HAHAHAH @Fkriifauzi pic.twitter.com/A86zGWrqGt
— l?u?x?y? (@rpiizy) June 24, 2020
Semasa ditanya mengenai persiapan kembali ke sekolah, pelajar tersebut dengan bersahajanya memberitahu dia terpaksa mencari semula baju sekolahnya selepas lama tidak ke sekolah. Selain itu, dia turut ditanya mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang tiga bulan berada di rumah.
“Tiga bulan buat apa dekat rumah? Tiga bulan tengok drama Korea, tidur.”
Jawapan jujur daripada pelajar ini kemudian menarik perhatian ramai sebaik sahaja video tersebut dikongsikan di media sosial. Malah, ada yang menganggap pelajar ini ‘legend’ kerana cukup jujur ketika ditemu ramah oleh pihak media.
Ini baru patuh pkp . Drama korea & tidur ?
— KARLIZA (@keyleyza) June 24, 2020
Bila belajar ni internet sekat2 tapi kalau drama korea dia punya laju lain macam ni hahahahahhha
— Chad (@irsyadjaafri) June 24, 2020
HAHAHAHAHAH JUJURNYA
— Anim ?????? (@animdavila) June 24, 2020
Hahaha slumber badak je dia jawab. Nyesal reporter pegi interview bdk ni??
— h4kim3 (@abamkim1) June 24, 2020
Untuk makluman, pembukaan sekolah kali ini hanya melibatkan pelajar di Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Pelajar di Tingkatan 5 tahun ini dijangka akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac 2021 sementara Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga ditunda pada suku pertama tahun 2021.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.