Dalam kurang dua minggu lagi, Axiata Arena, Bukit Jalil akan digegarkan dengan konsert solo pertama penyanyi rock legenda, Amy Search.
Bakal berlangsung pada 26 April, masih belum terlambat untuk peminat-peminat terutamanya (ehem) golongan ibu bapa atau milenial membeli tiket agar tidak terlepas peluang untuk enjoy pada malam itu.
Bila lagi nak release stress kan? Kaum ibu tu, inilah masanya korang nak ‘me time’, boleh layan konsert ni dengan kawan-kawan atau dengan suami. Penyanyi legend macam Amy Search jarang mengecewakan!
Takkan nak lepaskan peluang tonton konsert solo pertama Amy Search kot? Legend ni….
Penyanyi berusia 66 tahun itu sendiri pun kata sebelum ini sudah beberapa kali tolak pelawaan mengadakan konsert solo. So, maknanya Konsert Solo Pertama Amy Search Magic mesti ada kelainan!
Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo, tapi saya selalu beri alasan belum bersedia.
Senarai lagu yang bakal Amy Search nyanyikan malam itu juga adalah cerminan suka dan dukanya selama lebih empat dekad dalam industri muzik.
Penonton bakal disajikan dengan perjalanan karier Amy sepanjang lebih empat dekad yang kaya dengan pelbagai lagu hit dan kenangan manis. Kami janji untuk menghadirkan pengalaman yang penuh emosi dan keajaiban buat peminat.
Tunggu apa lagi? Tiket bermula dengan harga RM188, RM288, RM388, RM538, RM608, dan RM788. Pilih sendiri korang nak zon yang mana dan tempat duduk bahagian mana ikut keselesaan masing-masing.
Dah ready nak rock bersama Amy Search? Beli tiket korang di sini.