Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial berita mengenai pihak Disney merancang untuk membuka Taman Tema ‘Disneyland’ di Melaka.
Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, sebuah Taman Tema ‘Disneyland’ dan ‘Disney City’ bakal dibangunkan dalam daerah Jasin pada tahun 2027.
Bagaimanapun, wartawan dari CNN, Heather Chen telah mendapatkan kepastian daripada pihak Disney dan memaklumkan bahawa tiada perancangan rasmi pembinaan ‘Disneyland’ di Melaka.
Tidak benar. Ia berita palsu dan spekulasi semata-mata.
To clarify: My tweet has now been deleted on orders of Disney. But the original clarification I made from reaching out and reporting still stands — There are no official plans for a Disney themed park in Malacca, earlier reports were purely speculative and misinformed.
— Heather Chen (@heatherchen_) November 17, 2022
Menerusi ciapan tersebut, Chen berkata berkemungkinan berlakunya kesilapan apabila Datuk Muhammad Jailani hanya mengatakan taman tema yang besar seperti ‘Disneyland’ akan dibuka.
Namun, bukanlah satu perjanjian dengan jenama Disney seperti yang tular di media sosial.
Terdahulu, Datuk Muhammad Jailani memaklumkan pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN dan pembinaannya menelan kos kira-kira RM2 bilion.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.