Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanya Serah Soal Jodoh Pada Takdir, Hafiz Hamidun Tak Terfikir Nak Kahwin Walaupun Ada Anak Angkat

Penyanyi Hafiz Hamidun yang ditemui media baru-baru ini mengakui bahawa dirinya tidak terlintas untuk berumah tangga sekali lagi meskipun sudah mempunyai seorang anak angkat bernama Hamdee sejak hampir setahun yang lalu.

Hafiz HamidunSumber : Instagram Hafiz Hamidun  

Hanya menyerahkan soal jodoh dan takdir kepada Illahi, Hafiz berkata dia pada waktu ini ingin menghormati Hamdee yang masih mempunyai ibu bapa kandung dan menganggap tiada kepentingan untuk anak lelakinya itu untuk mempunyai ibu yang baru.

Advertisement

Difahamkan juga, Hafiz masih mempunyai baki setahun untuk benar-benar sah menjadi bapa angkat kepada Hamdee dan kini hanya bergelar penjaga buat si kecil itu.

“Nak cari ibu untuk anak? Buat masa sekarang saya hanya penjaganya sahaja selepas dua tahun baru lah sah saya menjadi bapa angkatnya. Saya tak nak fikir soal mencari ibu untuk dia kerana saya tak boleh kata bila saya kahwin nanti isteri saya itu ibunya kerana Hamdee masih mempunyai ibu bapa kandung dan saya hormatinya. Apa punibu untuk Hamdee tidak penting tapi isteri baut saya itu penting. Saya hanya just go with the flow.”

Dia ditemui media secara dalam talian ketika pelancaran album terbarunya berjudul Marhaba itu turut mengulas mengenai  album terbarunya itu yang khabarnya mengambil masa selama lima tahun sebelum dilancarkan.

Album Marhaba yang terdiri daripada 13 selawat seperti Ya Iamam Ar-Rusli, Tholama Ashku Hhoromi dan Tola Al-Badru Alayna itu juga boleh didengari di platform muzik dalam talian seperti Spotify dan turut terjual lebih daripada 3000 salinan setakat hari ini.

SUMBER : Gempak.com
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top