Hanya Seorang Sahaja Yang Dibenarkan Untuk Berada Di Dalam Sebuah Kereta Bermula Esok

COVID-19

Hanya Seorang Sahaja Yang Dibenarkan Untuk Berada Di Dalam Sebuah Kereta Bermula Esok

Kerajaan telah mengetatkan lagi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya membenarkan seorang individu sahaja untuk berada di dalam kereta pada satu-satu masa bermula esok, 1 April 2020.

Malaysia akan memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan pada April ini memandangkan tempoh dua minggu pertama pelaksanaan tempoh PKP sudah berakhir. Dalam tempoh dua minggu pertama PKP ini, masih ramai lagi yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa sekaligus peningkatan dalam kes terbaharu COVID-19 masih berlaku.

Advertisement

Rakyat Malaysia perlu lebih berkerjasama dalam fasa kedua PKP COVID-19 yang akan bermula 1 April hingga 14 April ini. Susulan penambahan tempoh PKP adalah berdasarkan catatan kes jangkitan positif COVID-19 yang meningkat serta memberi risiko yang tinggi kepada sesiapa sahaja.

Selain pengawalan pergerakan yang dilakukan oleh kerajaan, beberapa kawasan utama sudah mula dijalankan proses membasmi kuman sebagai langkah proaktif mengawal penyebaran wabak ini.

Sebelum arahan ini dikeluarkan, kerajaan memutuskan untuk membenarkan ketua keluarga sahaja yang keluar untuk membeli barang keperluan harian untuk tempoh empat minggu secara keseluruhan tempoh PKP dijalankan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...