October 12th, 2020

Pelakon berbakat, Jasmin Hamid meluahkan rasa teruja dan gembira kerana telah menerima menantu pertamanya pada 10 Oktober lalu.

Ini berikutan anak lelaki sulungnya, Lukhman Hakim telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Fiza.

Jasmin dilihat telah berkongsi beberapa keping foto majlis perkahwinan anaknya untuk tatapan peminat dan turut mengucapkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah meskipun dalam kawalan kerana penularan wabak pandemik COVID-19.

“Dengan izin Allah, hanya sekali lafaz, anak bujang sulung saya @lukhmanman telah sah menjadi suami kepada menantu pertama saya @fiezafizzry. Saya amat bersyukur dan terharu kerana telah menjalankan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan pada saya selepas ketiadaan kedua arwah ibu bapa saya.”

Pengantin lelaki dan wanita yang diraikan kelihatan sepadan menggayakan busana berona ‘peach’ dalam majlis serba serdahana tapi meriah itu.

Sekadar info,  Jasmin Hamid turut memilik seorang lagi anak bernama Rohana selain daripada Luqman. Manakala hasil perkahwinan dengan bekas suami Ian Rashid, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ian Haziq.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...