“Hanya Sekadar Mengangguk” – ‘Atan’ Kini Pendiam, Jamali Shadat Semakin Uzur

Hiburan

“Hanya Sekadar Mengangguk” – ‘Atan’ Kini Pendiam, Jamali Shadat Semakin Uzur

Pelakon dan penghibur veteran, Jamali Shadat yang memang terkenal dengan watak ‘Atan’ dilaporkan semakin uzur setelah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Lela Yacob kira-kira dua tahun yang lalu.

Menurut anaknya Fauzi Jamali, bapanya itu yang kini berusia 78 tahun tidaklah mengalami apa-apa masalah kesihatan namun semakin uzur di atas faktor usia yang semakin meningkat.

Advertisement

Tambah Fauzi lagi, semenjak pemergian ibunya, ayah (Jamali Shadat) lebih banyak mendiamkan diri berbanding dulu.

“Kesihatan semua okay, cuma seperti apa yang kita boleh lihat, ayah uzur sebab dah tua kan. Sekarang ayah kurang berborak, arwah emak dulu banyak bercakap tapi bila emak dah tiada, ayah suka mendiamkan diri.”

Dia yang ditemui media ketika program Ziarah Finas Prihatin 2.0 di kediaman mereka sekeluarga yang bertempat di Pulau Indah,Klang turut memberitahu bahawa telefon bimbit bapanya sudah ditutup kerana dia kini tidak mempunyai kemampuan untuk bercakap dan mendengar dengan baik.

Fauzi dalam pada itu sempat memesan jika ada mempunyai urusan dengan bapanya itu supaya menghubungi dirinya dan isteri.

Jamali Shadat yang popular dengan kemampuan mengeluarkan suara kanak-kanak dan pelbagai bahasa serta berlakon sebagai watak ‘Atan’ itu sebelum ini pernah memberitahu bahawa isterinya merupakan tonggak kejayaan utama buat dirinya.

Namun setelah kematian isteri pada hari pertama Syawal setelah sebulan terlantar di hospital pada dua tahun yang lalu, penghibur itu seolah hilang semangat dan turut mengalami kemerosotan memori.

Kami mendoakan semoga Jamali Shadat terus sihat dan dikurniakan kesihatan yang baik di masa akan datang.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...