“Hanya Sekadar Konten..” – Nurul Shuhada Tak Berniat Mempersendakan Agama, Mohon Maaf Setelah Dikecam

Hiburan

“Hanya Sekadar Konten..” – Nurul Shuhada Tak Berniat Mempersendakan Agama, Mohon Maaf Setelah Dikecam

Tular di media sosial, bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang dikatakan mempersendakan agama dalam salah satu video yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram. Video tersebut telah menerima banyak kecaman dari warganet.

Susulan isu berkenaan, Shuhada mengakui dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk memainkan hal agama seperti yang disangka orang ramai. Katanya, tujuan video tersebut hanya sekadar untuk mempromosikan produk semata.

Advertisement

Saya tak ada niat nak mempersendakan agama. Video tersebut tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik pun, hanya sekadar untuk konten sahaja.

Saya minta maaf kalau ada mana-mana pihak yang tersinggung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Katanya lagi, dia tidak mempunyai apa-apa niat atau mesej tersirat yang hendak disampaikan melalui video itu. Ibu kepada dua cahaya mata ini turut meminta maaf ke atas kekecohan yang timbul dari konten berkenaan.

Pada masa yang sama, Shuhada juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sanggup menegur dirinya dengan baik dan dia juga berharap agar perkara ini tidak lagi terjadi di masa akan datang.

shuhada
1 year ago

"Saya Sangat Gembira & Berseronok Dengan Kehidupan Kini" - Shuhada 'Malas' Sibuk Berita Perkahwinan Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...