Written by serenity | January 28th, 2018

Tahniah diucapkan buat Fizz Fairuz yang kini bergelar Datuk setelah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) semalam. Dia menerima darjah itu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Kata Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39:

Gelaran ini sebenarnya adalah tanggungjawab besar perlu saya pikul dan saya akan berusaha menjaga amanah ini sebaik-baiknya.

Dia beranggapan anugerah itu sebagai penghargaan tertinggi buat dirinya yang sebelum ini banyak terbabit dalam pelbagai aktiviti pelancongan di Pahang. Namun begitu, sudah pasti penganugerahan itu menimbulkan cakap-cakap di kalangan Netizen yang beranggapan sumbangan Fizz kepada masayarakat tidak begitu signifikan untuk memungkinkannya menerima anugerah itu.

Melalui Harian Metro, Fizz mengakui sumbangannya kepada negeri Pahang sebagai seorang anak jati Raub:

Mungkin ramai tidak tahu saya adalah anak jati Raub dan pada masa sama saya juga banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini.

Selain itu, saya juga menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.

Almy juga meminta usah dipersoal gelaran diterima suaminya dan enggan ambil peduli setiap komen dan kritikan terhadap Fizz Fairuz.

Isterinya, Datin Almy Nadia memberitahu mereka tidak ambil pusing kecaman masyarakat:

Tidak dinafikan netizen sekarang memang lantang dan gemar mengecam sesuka hati tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang.

Namun, saya dan suami memilih untuk tidak ambil pusing dengan setiap kecaman kerana ini rezeki yang datang daripada Allah.

Baginya, sebagai orang terdekat dengan suaminya dia melihat setiap usaha keras yang dilakukan Fizz:

Penganugerahan ini adalah usaha kerasnya dalam menaikkan dan mengharumkan nama negeri kelahirannya.

Hanya saya dan orang terdekat dengan suami tahu apakah sumbangan dan usaha yang dilakukannya.

Rata-rata pengikut Fizz mengucapkan tahniah buat beliau di menerusi ruangan komen di Instagramnya. Sekali lagi tahniah ducapkan buat Fizz dan isteri semoga kerjaya berkembang lebih maju lagi selepas ini. – beautifulnara.com

16 responses to Hanya Saya Dan Orang Terdekat Dengan Kami Tahu Apa Sumbangan Fizz – Almy Nadia

  1. Thniah says:

    Xkisah la datin,bla da dpt glaran datin tu brhak je brsuara kn?

    5

    1
    • Anonymous says:

      Kalau burung berak di Pahang mesti taik jatuh atas kepala salah sorang dato si sana kan? Lepas ni siapa wey?

      13

      0
      • alahai... says:

        Bior lah …negeri dia.. punya pasal dia la nk kasi pd sesiapa pun. Pesal yg korang brim pun berebut-rebut? Hei dengor wahai rakyat marhaen.. besok korng dpt offer dato.. xkn lah nk tolak kannn?

        0

        6
  2. Kilangdatuk says:

    Pahang paling sikit dan paling susah dapat datuk la guys so jgn pertikaikan sumbangan datuk fizz Fairuz ye. Rare ni

    Hiks

    11

    2
  3. Tasah Sillah says:

    Datin. Jaga la badan sikit tu Datin. Suami dah jadi Datuk tuuuu. Hati-hati jangan sampai Fara Mendoza buat comeback yeeee.

    28

    1
  4. Anonymous says:

    Again? Bukan da bday sultan ker atau aku yg silap ni

    4

    0
    • Anonymous says:

      Byk hari..hari jadi..hari pertabalan..aku pun pening.

      4

      0
    • Anonymous says:

      Aku pun x paham negeri Pahang ni. Kerap sangat…ada sesiapa yg boleh perjelaskan? Berapa kali setahun diberikan pingat2 ni..just curious.

      19

      0
      • nyonya says:

        Tiap sebulan sekali… so sendiri mau ingtlh. itu income bulanan dorg lah semestinya.. maintenance tinggi kot. Klu sorg bg 200k, klu 50 org tiap bulan??? kiralah sendiri…

        8

        0
  5. KesianMakAku says:

    Rezeki dia la…kalau kita dpt pun takan nak tolak…biorla…cuma nak ckp kak Elmy cam lain…kena diet lebih la sis nampak tua bila badan berisi. Nanti org goda Datuk susah sis…do something sis puasa senin khamis ke…simple dan selekeh tu benda yg berbeza…

    4

    3
  6. kiah says:

    sumbangan apa ,beromen dgn fara mendoza ada la,dah dapat datok ni lagi byk la gadis gro ikut.akak montel sila bagi laluan

    4

    1
  7. appleview says:

    Dapat datukship tu tak heran sangat..tapi dlm setahun berapa kali Sultan Pahang ni sambut birthday?

    4

    0
  8. the truth says:

    ayah aku kerja dengan gomen lebih 30 tahun merata kehulu hilir merata dunia atas nama kerja baru dpt dato. dato je tau. oh ni main promosi2 and jd muka JPJ terus dpt datuk? kamon ah pahang. buek malu. low ngat aih cara hampa nilai sumbangan individu. patutnya lah kan datuk dari negeri pahang ni kena ada title berbeza = datung ke. dapong ke dapahang. baru org tauu ohhhh dari pahang. jgn kasi sama dengan datuk2 dan dato2 di luar sana yg lebih BANYAK menyumbang. malu aih. pahang oh…pahang… merendahkan martabatmu sendiri…..

    11

    0
  9. benci orang hipokrit says:

    Datin Almy, maaf ya. kena jaga badan la. Kalau bukan selebriti nak comot mcm tu takde masalah. Awak tu selebriti, isteri Dato’ pulak tu. Sila jaga penampilan.

    5

    0
  10. Anonymous says:

    tahniah datuk yusman..ko kuat ‘menjudi’ tu dpt datuk tuh..hahahah

    0

    0

Leave a Comment

Optional