Akhirnya setelah sekian lama menanti pengakuan daripada mulut Shaheizy Sam, pelakon hebat itu telah pun membuat pengakuan yang dirinya pernah bercinta dengan Puteri Najwa. Walaupun sejak kebelakangan ini dihimpit dengan nama-nama seperti Fazura dan Syatilla Melvin, Shaheizy Sam memaklumkan yang dirinya hanya mempunyai bekas kekasih bernama Puteri Najwa. Ini bermakna, Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.
Walaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini. Malah kemesraan itu sering disalaherti sehingga wujudnya desas-desus percintaan mereka kembali bertaut. Namun ternyata itu semua sekadar desas-desus. Sehingga ke hari ini, Sam masih single. Kata Sam:-
Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta.
Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya. Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja.
Nampaknya Syatilla Melvin dan Fazura selama ini hanyalah bertepuk sebelah tangan. Hanya Puteri Najwa sahaja yang telah berjaya mencuri hati Shaheizy Sam. Mungkin kepedihan akibat putus cinta itu masih berbekas di hati Sam. Tidak sembuh lagi sehingga ke hari ini. Jawapannya hanya ada satu iaitu carilah kekasih baru. Semoga luka itu dapat diubati dengan kehadiran gadis lain dalam hidup Sam. Sumber Berita Harian.