Hanya Permainan Dunia, Janna Nick Anggap Media Sosial Toksik Dan Beri Impak Negatif Kepada Pengguna

Hiburan

Hanya Permainan Dunia, Janna Nick Anggap Media Sosial Toksik Dan Beri Impak Negatif Kepada Pengguna

Sempat bermadah di media sosial, pelakon Janna Nick menganggap platform itu juga dapat memberi impak negatif terhadap kehidupan seseorang.

Menurut Janna, jika sesebuah media sosial itu digunakan dengan baik ianya dapat memberi kesan yang positif namun bagi dirinya, seseorang itu juga akan mula membuat perbandingan antara diri mereka dengan individu yang berada di media sosial.

Advertisement

Bagi pelakon berbakat ini, tiada sesiapa mahu menunjukkan sisi gelap dan cerita sedih yang terjadi pada diri mereka di media sosial melainkan benda-benda yang menggembirakan. Jadi masyarakat mula membuat perbandingan kejayaan orang lain dengan apa yang dicapai oleh diri sendiri sehingga mendatangkan kesan negatif.

“Media sosial ini yang toksik sebenarnya..kau scroll IG, duk tengok kehidupan orang. lepas itu insecure sendiri. Mulalah bandingkan kehidupan kau dengan orang itu. Mulalah bandingkan kejayaan orang itu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk bila hilang rasa bersyukur kau itu,”

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,25, turut berkata bahawa apa yang dikongsikan di laman sosial hanyalah sekadar permainan dunia sahaja. Dia turut meminta masyarakat di luar sana supaya tidak merasa rendah diri, negatif dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

View this post on Instagram

Wishing you nothing but happiness ?? @dinischatzmann turns 26th !

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

View this post on Instagram

absence of noise @anantaradesaru ?

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Peminat serta rakan artis yang mengikuti entri berkenaan rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diutarakan Janna Nick mengenai keburukan laman sosial kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...