Tular di media sosial, video perkongsian oleh seorang pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Syafiq Mujahid yang membongkarkan taktik dukun dalam menghantar sihir pemisah kepada pasangan suami isteri.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, dilihat Syafiq yang menghubungi seorang dukun dengan tujuan kononnya meminta pertolongan bagi memisahkannya dengan isteri pertama.
Syafiq menyamar sebagai seorang pelanggan yang mempunyai dua orang isteri dan ingin mendapatkan perkhidmatan dukun berkenaan.
Saya tak suka pada isteri kedua saya, dia buat hal. Isteri pertama saya nak bagi dia ‘penunduk’ sebab dia degil.
Selepas mendengar permintaan Syafiq, dukun berkenaan mengenakan bayaran upah sebanyak RM600 bagi melakukan kedua-dua permintaannya itu.
Dia ambil masa dalam dua hingga tiga jam sahaja dan nanti isteri akan mula marah-marah dan mohon untuk diceraikan.
@aamer7997
Lebih menakutkan, dukun itu berkata pelanggan hanya perlu menyediakan gambar dan nama mangsa bagi menjalankan proses menyihir.
Malah, dukun itu turut memaklumkan sihir yang dihantar akan terus kekal didalam badan seseorang walaupun telah dibawa berubat.
Dalam pada itu, Syafiq menasihati masyarakat diluar sana terutamanya pasangan suami isteri agar tidak terjebak dengan perkara khurafat ini dan sebaliknya sering memperbetulkan masalah rumah tangga dengan baik.