Hanya pemeriksaan untuk melengkapkan kertas siasatan kes gangguan seksual, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan prosedur itu adalah perkara biasa dan sebahagian daripada proses siasatan.
Tampil menafikan terdapat serbuan dan aktiviti penggeledahan di rumah pendakwah terkenal itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datul Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan mengenai perkara itu.
View this post on Instagram
Kita buat pemeriksaan bukan penggeledahan atau serbuan di rumah itu. Ia prosedur biasa polis bagi menyiasat sesuatu kes. Setakat ini, saya tidak dapat sahkan sama ada kita membuat sebarang rampasan atau tidak di rumah itu. Kes giat disiasat.
Terdahulu, polis mengesahkan pendakwa itu didakwah di atas Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ebit Lew turut kelihatan hadir sama bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican dan memaklumkan kepada media bahawa kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.