Hanya ‘Pantau’ Dari Sarawak, Kontraktor Angkuh Dewan Makan MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP Pangkat Mejar Jeneral?

Trending

Hanya ‘Pantau’ Dari Sarawak, Kontraktor Angkuh Dewan Makan MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP Pangkat Mejar Jeneral?

Baru-baru ini, tular tentang keangkuhan seorang kontraktor dewan makan di MRSM Taiping selepas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat lawatan mengejut.

Ramai netizen tidak berpuas hati mendengar cara kontraktor bernama Puan Mira itu menjawab soalan Dr Asyraf menerusi perbualan telefon.

Advertisement

3 months ago

Dr Asyraf Wajdi Terjah ‘DM’ MRSM Taiping, Netizen Bengang Kontraktor Bongkak - “Punyalah Berlagak, Dia Tau Tak Yang Cakap Tu Pengerusi MARA?”

 

Laju netizen buat kerja, dah jumpa Puan Mira

Tidak lama kemudian, netizen membuat satu pendedahan di Facebook tentang individu yang didakwa merupakan ‘Puan Mira’ tersebut.

Dakwanya, wanita itu adalah Datin Nurul Amira binti Ahmad Yunan malah individu yang membuat pendedahan itu juga mendakwa bahawa ‘Puan Mira’ ini adalah isteri kepada seorang tentera berpangkat Mejar Jeneral dari Kluang, Johor.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah Si Mira yang duduk di Sarawak ini. Hari ini barulah kita tahu dia merupakan isteri kepada Panglima 1 Divisyen yang berasal dari Kluang, Johor. Setakat ini tidak pasti Mira ini berasal dari mana.

 

Tidak kiralah statusnya apa namun sikap angkuh dan cara percakapan Puan Mira itu mengundang kemarahan netizen kerana jelas tidak mengambil berat tentang kesihatan pelajar di MRSM terbabit.

Malah, sikapnya itu memberikan persepsi buruk terhadap pengusaha kantin atau kontraktor yang mendapat tender terbabit kerana mempunyai hubungan baik atau ada kaitan dengan golongan VIP dan VVIP.

Sejak dulu lagi, isu tender diberikan kepada kroni dilihat berleluasa dan kebanyakannya tidak menjalankan amanah dengan baik dan membuat kerja sambil lewa tanpa memikirkan kepentingan lain.

Kes ini diharapkan dapat membuka mata pihak berkuasa dan kementerian agar memberikan tender kepada mereka yang lebih layak dan berpengalaman berbanding ada hubungan dengan orang atasan.

dewan makan asrama

Gambar hiasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...