“Hanya Mitos!” , Tiada Bukti Mampu Sembuhkan Denggi – Pegawai Perubatan

Trending

“Hanya Mitos!” , Tiada Bukti Mampu Sembuhkan Denggi – Pegawai Perubatan

zzz

Makan sup ketam, meminum air isotonik dan minum jus betik untuk mengubati demam denggi hanya satu mitos semata-mata, kata Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba.

Advertisement


Menurut beliau, sehingga kini tiada sebarang  kajian saintifik yang mampu membuktikan bahawa demam denggi mampu diubati dengan mengamalkan tiga amalan ini.

“Salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan, dimana daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.”

“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.

“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Beliau juga berpesan, jika mahu penyakit denggi dapat diubati dengan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.

Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.

“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya.

Dr Hafizah berharap persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.

“Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,” katanya.

Dalam laporan akhbar semalam, Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi bahkan jika diamalkan akan menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...