Hanya Mahukan Roti Canai Dan Teh Tarik, Netizen Sebak Lihat ‘Wishlist’ Di Rumah Anak Yatim Ini

Kehidupan

Hanya Mahukan Roti Canai Dan Teh Tarik, Netizen Sebak Lihat ‘Wishlist’ Di Rumah Anak Yatim Ini

Bagi kita ianya mungkin nampak seperti biasa sahaja tetapi untuk golongan anak-anak yatim ini, roti canai dan teh tarik adalah satu nikmat besar untuk mereka. Sehingga mereka meletakkan hidangan ringkas ini di dalam senarai impian atau ‘wishlist’ mereka.

Bukan sahaja roti canai dan teh tarik tetapi susu, coklat dan keropok juga antara yang disenaraikan sebagai benda yang mereka mahukan. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter di mana isterinya terlibat dengan program Corporate Social Responsibility (CSR) di rumah anak yatim itu.

Advertisement

Di dalam senarai tersebut, dapat dilihat mereka hanya mahukan makanan biasa tanpa disangka. Senarai tersebut juga telah menyentuh hati ramai netizen yang berasa terharu melihat impian yang mereka mahukan. Sekaligus, mengajar orang ramai erti bersyukur dengan nikmat yang ada.

senarai




Walaupun apa yang mereka mahukan dianggap sesuatu yang ringkas dalam hidup kita tetapi mungkin ianya sukar untuk mereka mendapatkannya jika tiada siapa yang sudi membelikannya. Pada akhir perkongsian itu, pengguna Twitter tersebut turut berkongsikan maklumat untuk mereka yang ingin sama-sama menyumbang kepada anak-anak yatim tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...