“Hanya Lelaki Pengecut Sahaja Yang..” – Luahan Anak Lelaki Arwah Fahziani Rohban Jadi Tumpuan Ramai

Kehidupan

“Hanya Lelaki Pengecut Sahaja Yang..” – Luahan Anak Lelaki Arwah Fahziani Rohban Jadi Tumpuan Ramai

Anak lelaki kepada pengasas Dnars, Iqbar Hakim tampil meluahkan perasaan kecewa dan kemarahan menerusi satu hantaran panjang di Threads, susulan konflik keluarga yang didakwa melibatkan isu saman serta hubungan silam yang rumit.

Menerusi hantaran tersebut, Iqbar berkenaan mendakwa masih menyimpan banyak perkara yang tidak pernah didedahkan kepada umum, termasuk adiknya Irdina. Menurutnya, hubungan antara seorang anak sulung dan ibu seharusnya melebihi segala-galanya, namun perkara itu didakwa telah dilupakan oleh pihak terlibat.

Advertisement

Iqbar anak

Dalam luahan sama, beliau mengakui menerima kezaliman yang didakwa menimpa adik perempuannya, namun menegaskan bahawa perkara itu tidak pernah dilupakan. Walaupun mengakui jasa, kasih sayang dan kebaikan yang pernah diberikan oleh lelaki berkenaan kepada keluarganya, beliau mendakwa satu demi satu sikap sebenar individu itu mula terserlah.

Luahan itu turut disertakan dengan doa dan harapan agar keadilan ditegakkan. Iqbar menyatakan kesediaannya untuk menerima hukuman sekiranya berada di pihak yang salah, namun menyerahkan sepenuhnya pembalasan kepada Tuhan sekiranya sebaliknya.

anak lelaki dnars

Hantaran beremosi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai tampil memberikan sokongan moral, sementara ada juga yang meminta agar semua pihak menyelesaikan perkara ini secara tertutup dan berhemah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas suami pengasas dnars
2026-01-27 10:18:46

Keputusan Mahkamah Berpihak Kepada Bekas Suami Pengasas Dnars, Anak Tiri Diarah Buat Permohonan Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...