Hanya Kerana Tak Siap ‘Homework’, Pelajar Tahun 5 Cedera Dirotan Guru Besar

Kehidupan

Hanya Kerana Tak Siap ‘Homework’, Pelajar Tahun 5 Cedera Dirotan Guru Besar

Seorang pelajar tahun lima cedera di badan dan muka dipercayai akibat dirotan guru besar sekolah.

Menurut laporan Buletin TV3, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Jementah, Segamat itu dirotan selepas gagal menyiapkan kerja sekolah.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, laporan mengenai kejadian diterima menerusi laman Facebook Polis Daerah Segamat.

Susulan itu, pihak polis telah meminta mangsa untuk hadir ke balai polis bagi membuat laporan.

Sekolah

Difahamkan, mangsa mengalami cedera pada bahagian leher kiri, bahu kiri dan calar di muka.

Siasatan awal juga mendapati pelajar itu dirotan oleh Guru Besar wanita berusia 50-an itu kerana mangsa bersikap sambil lewa semasa sesi pembelajaran di sekolah.

Polis telah mengambil keterangan guru besar berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baby
10 months ago

Lagi Kes Kecuaian Hospital, Tangan Bayi Berusia Kurang 2 Bulan Bengkak - "Mana Korang Belajar Ye??"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin Tv3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...