Hanya Kerana Sekeping Gambar, Gadis Ini Dibaham Anjing Sehingga Mendapat 40 Jahitan Pada Bahagian Muka

Trending

Hanya Kerana Sekeping Gambar, Gadis Ini Dibaham Anjing Sehingga Mendapat 40 Jahitan Pada Bahagian Muka

Gadis dari Argentina dikenali sebagai Lara ini berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila mukanya digigit oleh seekor anjing semasa sedang asyik bergambar. Niatnya untuk bergambar bersama anjing berbaka German Shepherd itu mengundang padah apabila dia menerima 40 jahitan di muka akibat kejadian itu.

Dalam kekalutan itu, beberapa keping gambar berjaya menjadi bukti dan saksi kejadian kerana sempat dirakamkan semasa ianya berlaku. Lara turut memuatnaik gambar tersebut di akaun Twitter miliknya yang telah mendapat lebih 355 ribu likes.

Advertisement

Mahu bergambar

Menurut maklumat yang dikongsikan, pada awalnya Lara hanya ingin merakamkan gambar bersama anjing tersebut. Tetapi secara tiba-tiba anjing tersebut mula menyerang mukanya yang berada begitu hampir dengan anjing tersebut.

Lara sendiri tidak pasti mengapa dia diserang sama ada kerana dia menyentuh bahagian pinggul anjing tersebut ataupun kerana anjing tersebut berasa sensitif disebabkan faktor usia anjing itu.

Tetapi menurut Lara, kemungkinan besar dia diserang kerana anjing tersebut berasa tidak selamat dan terancam kerana jarak yang terlalu rapat antara mereka. Kalau diikutkan, anjing bernama Kenai ini berada dalam keadaan yang elok dan tenang pada awalnya sebelum menyerang gadis itu.

Terima 40 jahitan

Hasil daripada serangan itu, Lara menerima 40 jahitan di muka dan gusi selain perlu menjalani dua pembedahan berbeza. Dia juga turut berkongsikan beberapa gambar jahitan pada bahagian mukanya selepas kejadian itu.

Namun, Lara sama sekali tidak menyalahkan anjing tersebut kerana memang salahnya kerana tidak peka dengan keadaan anjing tersebut. Buat masa ini, Lara kini menjalani proses pemulihan dan bergantung pada ubat untuk menghilangkan kesakitannya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...