Hanya Kerana Perang Mulut Atas Jalan Raya, Lelaki Tayang Gari Diburu Pihak Polis

Kehidupan

Hanya Kerana Perang Mulut Atas Jalan Raya, Lelaki Tayang Gari Diburu Pihak Polis

Polis sedang mengesan seorang individu yang terlibat dalam kejadian perang mulut di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Pedas setelah individu berkenaan mengeluarkan sepasang gari dalam perbalahan tersebut.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad memberitahu pihaknya menerima laporan daripada seorang pemandu lori berusia 32 tahun di Balai Polis Pedas.

Advertisement

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.10 petang melibatkan sebuah kenderaan jenama Proton Saga secara tiba-tiba memasuki laluan mangsa menyebabkan kedua-duanya terlibat dalam pergaduhan mulut.

Dikatakan, pemandu Proton Saga itu kemudiannya mengeluarkan sepasang gari dan mangsa terus meneruskan perjalanan sebelum melaporkan perkara berikut kepada pihak polis.

Menurut Hazri, polis telah pun mengenalpasti pemandu kereta berusia 60-an berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

wanita meninggal dunia masa buat live FB
2 years ago

(VIDEO) 3 Sekeluarga Kemalangan Disondol SUV, Detik 'Akhir' Sempat Dirakam Dalam Live FB Si Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...