“Hanya Kerana Orang Ketiga..” – Kisah Curang Norman Hakim Diungkit Semula, Netizen Kasihan Dengan Nasib Abby Abadi

Hiburan

“Hanya Kerana Orang Ketiga..” – Kisah Curang Norman Hakim Diungkit Semula, Netizen Kasihan Dengan Nasib Abby Abadi

Baru-baru ini nama pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim kembali menjadi bualan netizen sejak berita tentang anak mereka, Marissa Dania telah bernikah di Thailand itu tular. Ditambah pula apabila video mengenai kes curang Norman ketika mereka masih berkahwin itu kembali viral.

Video mahkamah Abby dan Norman

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang individu itu, terlihat Abby yang hadir ke mahkamah dan ditemu bual oleh wartawan mengenai kes curang Norman Hakim yang akhirnya menyebabkan perceraian mereka berdua.

Advertisement

Tambahan pula, video tersebut disertakan dengan kenyataan mengatakan dahulu Abby cuba mempertahankan rumah tangganya seorang diri dan kini harus bersendirian juga dalam menangani isu anaknya.

Dulu dia pertahankan rumah tangganya sendirian, sekarang dia pertahankan anaknya juga sendirian, hanya kerana orang ketiga.

@airiensafiyya♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Netizen turut kecewa

Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meninggalkan komen yang meluahkan rasa kesal terhadap bekas suami Abby yang seolah-olah melepas tangan dalam kedua situasi tersebut.

Betapa kuatnya seorang hamba bernama Abby Abadi. Allah tahu Abby mampu, sabar lah.

 

Kerana seorang bernama ‘Marissa’ habis semua cerita dulu-dulu diungkit. Kesian ibu awak Marissa.

 

Cerita lama Memey timbul balik walau dah lama cuba tutup bukan senang nak padam kesalahan silam kesian Abby.

tiktokSumber : TikTok  

Terdahulu, Norman telah meminta Abby untuk tidak menceritakan hal peribadi keluarga mereka di media sosial. Namun, Abby mendakwa Norman lepas tangan dengan isu perkahwinan Marissa di Songkhla, Thailand itu.

abby abadi
1 month ago

"Saya Penat Menyimpan, Tak Berbaik Pun Takpe!" - Diminta Diamkan Diri, Abby Abadi Akui Kecewa Dengan Norman Hakim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...