Air Milo di restoran makanan segera biasanya ialah jenis pati, dan diambil dari pembekal. Jika ia dipesan di restoran makanan segera, biasanya hanya dibancuh dengan air dalam sukatan tertentu dan ais ditambah ke dalamnya. Air Milo ini biasanya dituang ke dalam cawan menggunakan pembahagi air atau dispenser.
Restoran tidak menambah susu pekat atau gula ke dalamnya kerana ia sudah lengkap. Namun begitu, seorang pengguna Twitter menceritakan, teman lelakinya menjadi mangsa kemarahan disimbah secawan Milo di outlet Kentucky Fried Chicken (KFC) oleh seorang lelaki Melayu hanya kerana Milo yang dipesannya tawar.
“Baru kena maki.”

Kena simbah
“Saya tahu kerja KFC gaji kecil.”
Mungkin cuaca panas dan juga ketagihan kepada minuman manis boleh membuat seseorang jadi gila. Usah bersedih, pasti nanti ada balasan yang bakal diterima oleh lelaki yang menyimbah milo tersebut. Bila kita percaya pada Islam, perbuatan buruk pasti menerima balasannya. – amazingnara.com
Sumber: _nradrzn_