Hanya Kerana Lambat Masak Rendang Ayam, Suami Sanggup Tampar Dan Ludah Isteri!

Trending

Hanya Kerana Lambat Masak Rendang Ayam, Suami Sanggup Tampar Dan Ludah Isteri!

Hanya kerana si isteri terlewat memasak rendang ayam permintaannya, seorang lelaki sanggup menampar dan meludah isterinya tanpa belas kasihan di Jalan Pinang, Kampung Melayu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku apabila suspek berusia 67 tahun tidak berpuas hati dan menampar pipi isterinya berusia 66 tahun kerana mangsa lambat memasak rendang ayam diminta suaminya itu sebelum mereka terbabit dalam pertengkaran.

Bukan itu sahaja, suspek malah duduk di atas badan isterinya termasuk meludah muka wanita itu.

Advertisement

Lelaki itu mahu mencekik mangsa namun wanita cuba melawan mengakibatkan berlakunya pergelutan sehingga mereka terjatuh dari katil.

Akibat pergelutan kasar itu, wanita berkenaan mengalami sakit pada badan dan lebam pada dagu sebelah kanan.

Namun, mangsa dia tidak dapat memastikan puncanya samaada sak ataupun lebam.

Mohamad Farouk berkata, suspek adalah seorang pesara yang juga menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta memerlukan suntikan insulin empat kali sehari.

“Siasatan yang dilakukan mendapati wanita berkenaan tinggal di rumah bersama suami dan ibu mertuanya yang lumpuh berusia 86 tahun.

Allahu. Semoga berita ini memberi iktibar buat kita semua, sungguh isteri itu perhiasan yang harus dijaga, bukan dijadikan tempat melepas ego semata.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...