Ramai yang cukup kenal dengan YouTuber berbangsa India, Sugu Pavithra yang semakin menempa nama menerusi akaun YouTube miliknya itu. Sugu berjaya mendapat peningkatan jumlah subscribers di atas video masakan yang dikongsikan olehnya. Berdasarkan tinjauan, dia kini memiliki 385,000 pengikut di akaunnya itu.
Baca: Gemar Kongsi Resepi, Suri Rumah Berbangsa India Raih Lebih 100K Subscriber
Tanpa disangka, kejayaan yang diraih Sugu ini telah menyebabkan beberapa pihak tidak senang hati melihat pencapaian yang dimilikinya. Netizen di Twitter mendedahkan terdapat beberapa komen berunsurkan ‘cyber bullying’ di akaun Sugu yang memintanya menutup akaun YouTube itu.
Apparently, dalam semua orang sokong channel sugu pavithra rupanya ada a few indians yang marah marah dia suruh jangan share recipe n tutup youtube dia. But they comment in tamil so kita ingatkan just another kata kata semangat. Jahat nak makan sedap sorang sorang je! pic.twitter.com/jJXTttCE9X
— JUJU (@arxxxxmand) May 13, 2020
Menerusi ruangan komen di akaun YouTube Sugu, terdapat komen-komen yang ditulis dalam Bahasa Tamil dan memarahinya berkongsikan resepi-resepi masakan di situ. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meminta Sugu memadamkan akaunnya itu yang mana jelas adalah satu tindakan buli kepada Sugu.
Pendedahan ini turut mengejutkan ramai netizen kerana tidak sangka ianya berlaku kepada YouTuber yang semakin mencipta nama di Malaysia ini. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan buli ini dan meminta orang ramai untuk terus memberikan sokongan pada Sugu.
Pastu sekarang pun banyak dah orang bagi ?? kat videos dia. Tu mesti dari few Indians yang marah marah Sugu ?
— ????? ???? (@shezzlahhhhh) May 13, 2020
Dahh jom pakat p sokong pavitra n sugu ni.. apa bendela masak2 pun nk dengki.. org tu masak guna beras kau ke.. ni first time kot tgk yutiup x skip iklan sbb nk sapot sheols ..
— mottin (@miyauyau) May 13, 2020
Baca tweet ni, teringat tahun lepas kan ada gaduh kat Twitter pasal tuduh orang lain curi/claim kuih tradisi diorang. Mungkin kumpulan yang berhaluan sama yg suruh sugu tutup channel.
— Brian Zharif (@BrianZharif) May 13, 2020
Perangai dengki ni ada kat mana mana bangsa.
— Adam.Ad (@AdamAhmad777) May 13, 2020
Sejak namanya semakin dikenali ramai, Sugu menerima kenaikan jumlah subscribers di akaunnya dan kini menerima bayaran daripada Google di atas jumlah tontonan yang tinggi. Video resepi yang dikongsikan Sugu bukan sahaja ditonton oleh rakyat Malaysia malah mereka di luar negara juga.
Sebelum ini, pasangan daripada Jepun berjaya menghasilkan masakan kari ayam berdasarkan tontonan video daripada Sugu. Mereka telah mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Sugu dalam salah satu video yang dimuatnaiknya sebelum ini. Bukankah ini satu pencapaian yang cukup membanggakan untuk seorang suri rumah seperti Sugu?
Artikel berkaitan: Resepi Kari Ayam Dari YouTuber Malaysia Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun Untuk Memasak