Hanya Kerana Berbangsa India, Doktor Ini Kecewa Di Panggil Ke**** Oleh Mangsa Kemalangan Yang Ingin Dibantunya..

Trending

Hanya Kerana Berbangsa India, Doktor Ini Kecewa Di Panggil Ke**** Oleh Mangsa Kemalangan Yang Ingin Dibantunya..

Accident-and-emerg_2695093b

Masalah diskriminasi antara kaum masih lagi wujud di Malaysia, dan kerana terbawa dengan sikap perkauman, seorang lelaki tua yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya enggan disentuh dan dirawat oleh seorang doktor wanita, hanya kerana wanita ini berbangsa India.

Perkara ini dikongsikan oleh doktor wanita berkenaan, Shalini Paramaswaran menerusi posting di Facebooknya pada 30 Disember lalu, yang nyata kecewa dengan sikap individu tersebut..

Advertisement

dok1

Dr Shalini memberitahu, ketika dia sedang memandu selepas tamat waktu bekerja, beliau ternampak satu kemalangan yang membabitkan lelaki tua tersebut yang menaiki motorsikal ketika cuba membuat pusingan-U.

Beliau bergegas mahu membantu mangsa, namun niat sucinya itu ditolak oleh mangsa kerana status bangsanya. Dalam masa yang sama mangsa turut menyebut perkataan ‘ke****’, yang mana ia merupakan satu istilah yang menghina seseorang yang berasal dari India.

Tersentak dengan kata-kata itu, Dr Shalini segera ke tepi dan menghubungi ambulans supaya bantuan masih dapat diberikan kepada lelaki itu.

Apabila pihak paramedik sampai untuk memberikan bantuan dan memanggilnya dengan panggilan Doktor, lelaki itu dengan tidak semena-mena terus berpaling kepada Dr Shalini sambil memberikan kebenaran untuk menyentuhnya.

“Saya tak tahu anda seorang doktor. Kalau doktor boleh sentuh.

Dr Shalini seolah-olah kesal dengan kejadian tersebut dan berkata;

“Sebelum mengenali saya sebagai seorang doktor, saya adalah seorang ‘Ke****’ yang menjijikkan, sekaligus tidak boleh menyentuh dia.

“Tetapi apabila kenal saya seorang doktor, dia berikan saya senyuman dan meminta maaf. Penyakit mentaliti di kalangan sesetengah orang,”

3

Postingnya mendapat perhatian dan perkongsian lebih dari 3,000 di Facebook yang rata-rata kesal dan tak sangka dengan sikap lelaki itu.

Isu perkauman haruslah dihentikan serta merta. Masyarakat kita hidup harmoni antara kaum yang lain. Jadi tak perlu lah berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan keharmonian tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...