Pelakon Fify Azmi baru-baru ini tampil memberi respon terhadap dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Sharnaaz Ahmad.
Akui Fify, Sharnaaz Ahmad merupakan ‘celebrity crush’ dalam bidang lakonan dan menafikan sebarang hubungan istimewa pernah terjalin antara dirinya dan pelakon filem Jebat itu.
Tambah Fify lagi, dia menganggap gosip dan dakwaan seperti itu adalah perkara biasa yang perlu dihadapi apabila bergelar artis.
Biasalah netizen. Tapi sejujurnya daripada mulut saya sendiri, kami hanya berkawan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Kalau nak tahu, saya selalu bertanyakan pendapat dan meminta tips lakonan daripada Sharnaaz. Dia merupakan orang yang suka membantu dan banyak memberi tunjuk ajar lakonan kepada saya.
Dia yang ditemui media turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz telah banyak membantu dirinya dalam memperbaiki mutu lakonan.
Namun, ujar Fify dia tidak menolak jika berjodohan dengan pelakon duda anak satu itu.
“Tapi kalau ada jodoh, adalah,” ujar Fify ringkas.
Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang ingin dibuat suami, Fify tidak berat mulut untuk berkongsi dan antara kriteria yang perlu ada cukuplah dapat membimbing dirinya dari sudut kekeluargaan dan keagamaan.
Terdahulu, Fify yang pernah membintangi drama Ratu Ten Pin ini pernah menjadi bahan bualan netizen apabila dia didakwa meminati kaum sejenis gara-gara sering membawa watak lasak dengan imej berambut pendek.
FIfy walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan bertegas dirinya masih wanita sejati.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.