October 19th, 2020

Personaliti TV dan juga penyanyi, Ifa Raziah baru-baru ini ada memuat naik foto memaparkan dirinya berniqab menerusi ruangan Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Berikutan dengan perkara itu, peminat mula membuat spekulasi bahawa Ifa kini sudah berhijrah dengan menutup aurat secara sepenuhnya.

Malah, ketika meninjau ruangan komen, ramai pengikut Instagram selebriti ini mula mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihatkan perubahan tersebut.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa ‘Diva’ Ifa Raziah kini telah mengikut jejak langkah hos dan pelakon terkenal, Neelofa yang kini berniqab.

Namun, Ifa dilihat telah memuat naik foto memperlihatkan dirinya berpakaian seperti biasa seperti sebelum ini. Dia yang ditemui media kemudiannya tampil menjelaskan kekeliruan yang mungkin dialami netizen terhadap penampilannya.

View this post on Instagram

Happy Sunday?? . Jangan lupa SHAKE SHAKE Soliddiva boleh minum sejuk2 plus buah buah ? boleh pilih nak buat Hot chocolate atau Shake dengan Soliddiva , yang penting kurus . Dapatkan shaker bottle Soliddiva . IBU HAMIL pun boleh minum tau!! SAKIT JANTUNG pun boleh minum tau!! Penyakit Darah Tinggi , Kencing Manis ,Kanak Kanak yg Obesiti pun boleh minum tau!! . Cara Pengambilan consume pada waktu pagi, dan selepas 6 jam bancuh satu sachet lagi, 2 sachet dalam sehari? . . WOW!! CANTIK CANTIK CANTIKNYA dgn SOLIDDIVA . . ? WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975 . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Menurut Ifa, dia masih belum mahu berpenampilan menutup aurat sepenuhnya dan turut menafikan perkongsiannya pada Jumaat lalu itu telah dipengaruhi oleh kisah penghijrahan Neelofa.

Tambahnya, dia sebelum ini sering saja berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

View this post on Instagram

SALAM JUMAAT ? . Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. . . Siapa lagi nak jadi team *SOLIDMOLID* *SOLIDBERRY* *SOLIDDIVA* Kita bersatu membantu ramai orng diluar sana yang ingin menurunkan berat badan mereka bukan itu saja malah kita buat income bulanan berganda-ganda okay Team SERIFA BEAUTY ? Bila kita ada banyak duit, boleh la pergi travel, hantar mak ayah pergi umrah, berikan pendidikan yg terbaik utk anak2 & bantu keluarga jugak. . . . ? WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang sedia maklum mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari jumaat. Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadhan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah saya akan berhijab,”

Meskipun dia kini tidak lagi berhijab sepenuhnya, Ifa berkata dia masih mahu menghormati hari dan bulan yang mulia iaitu hari Jumaat dan bulan Ramadhan.

Dalam pada itu, Ifa turut menyatakan dia kini dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tambahnya lagi, sebagai manusia biasa, tiada orang yang tidak ingin berubah ke arah kebaikan dan dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya mendoakan yang terbaik.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...