Hanya Guna Ikan Segar, Nasi Lemak Gaya Pulau Pangkor Boleh Didapati Di Selangor

Makanan

Hanya Guna Ikan Segar, Nasi Lemak Gaya Pulau Pangkor Boleh Didapati Di Selangor

Nasi lemak ialah hidangan tradisional Malaysia yang dimasak menggunakan santan dan daun pandan untuk mendapatkan aroma yang harum. Hidangan luar biasa ini disajikan dengan sambal dan pelbagai lauk sampingan yang menyelerakan.

Bukan selalu anda dapat merasa nasi lemak Pulau Pangkor dijual di sekitar Selangor. Nasi lemak menjadi kegemaran orang pulau di mana ia dibungkus dalam bentuk segitiga dan dihiasi dengan sambal ikan bilis yang rangup dan pedas.

Advertisement

nasi lemak ikan bilis

Nasi lemak gaya Pulau Pangkor hanya tersedia pada hujung minggu dan anda digalakkan untuk membuat tempahan dua hari lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Ia boleh dibeli di Xiang Xiang, Taman Putri Jaya, Cheras, Selangor yang dibuka 8 pagi hingga 5 petang. Anda boleh mengambil tempahan di tempat mereka atau mengupah runner untuk proses penghantaran dan pembayaran ditanggung sepenuhnya oleh anda.

Terdapat dua jenis lauk bagi setiap pembelian iaitu nasi lemak ikan dan ikan bilis. Harga yang dijual bagi setiap bungkus ialah RM3. Lebih menarik, mereka hanya menggunakan ikan segar dari hasil laut.

Advertisement

sambal ikan kembung

Selain itu, sambal ikan kembung juga boleh dimakan dengan nasi lemak. Ianya berharga RM21 di mana anda dapat menikmati tiga ekor ikan yang segar.

Setiap sambal dimasak menjadi tekstur yang pekat dan rasanya agak pedas sesuai dimakan dengan sebungkus nasi lemak.

Facebook: Xiangxiangpangkor

Join Telegram Amazing Nara untuk info menarik!

SUMBER 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...