Hanya Gimik Dan Strategi Pemasaran, Daus Eli Tarik Balik Kenyataan Muzik Video ‘Takdir Kita’ Ada Kaitan Dengan Bekas Isteri

Hiburan

Hanya Gimik Dan Strategi Pemasaran, Daus Eli Tarik Balik Kenyataan Muzik Video ‘Takdir Kita’ Ada Kaitan Dengan Bekas Isteri

Penyanyi Daus Eli yang merupakan artis kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) tampil mengemukan permohonan maaf di atas kenyataannya mengenai video muzik terbaru berjudul Takdir Kita yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kisah rumah tangganya bersama bekas isteri iaitu Syaza Shamimi Jalaludin Khan.

Daus EliSumber : Instagram Daus Eli  

Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Daus, dia turut memohon maaf kepada Syaza serta semua pihak yang terkait dengan video muzik tersebut. Malah, lagu tersebut turut dibuang dari laman Youtube oleh pihak syarikat Nova Music kerana ianya mengundang persepsi buruk terhadap bekas isterinya.

Advertisement

Daus atau nama sebenarnya, Muhammad Shahril Firdaus Eli sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media tempatan yang mengatakan bahawa video muzik itu mempunyai kaitan secara langsung dengan apa yang telah terjadi dalam perkahwinannya terdahulu bersama bekas isteri. Daus juga mengaku bahawa lagu ciptaannya itu merupakan hasil luahan hati kepada Syaza.

“Saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isteri dan semua pihak yang terlibat. Selain itu, tujuan kenyataan rasmi ini dikeluarkan adalah untuk menjelaskan beberapa perkara.”

Dia yang sekian lama menyepi turut menegaskan bahawa jalan cerita video muzik Takdir Kita itu hanyalah sekadar teknik serta strategi pemasaran yang direka untuk menarik perhatian peminat yang menanti kemunculan semula dirinya dalam dunia nyanyian setelah sekian lama menyepi.

“Ingin saya tegaskan di sini, kenyataan yang telah dikeluarkan berserta jalan cerita MV tersebut merupakan kaedah promosi dan strategi pemasaran yang direka untuk menarik perhatian peminat saya. Lagu itu saya cipta khas untuk peminat yang menantikan kemunculan saya setelah lama menyepi. Dengan kenyatatan ini, saya juga mengaku tidak akan mengaitkan nama bekas isteri di mana-mana tempat serta media massa.”

Sekadar info, Daus dan Syaza telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 yang lalu sebelum bercerai talak satu pada 1 Februari 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Delysha Senzela,6, Myesha Sehrish, 4 dan Ayesha Sheraz yang kini berusia setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Daus Eli

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...