Hanya enam bulan beroperasi, restoran milik pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel, Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak terpaksa dijual.
Pasangan duo terkenal yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat bukanlah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun sebaliknya mengalami masalah dengan rakan kongsi.
View this post on Instagram
Kata Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, restoran tersebut masih beroperasi dengan baik meskipun berada dalam tempoh PKP sebelum ini.
“Kafe tu dah lama kitorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu. Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ini masa PKP masih berjalan lancar juga..”
Ujarnya lagi, kehidupan dia dan suaminya, Syamel masih lagi berada dalam keadaan baik dan tidak terjejas teruk kerana mempunyai hasil pendapatan dari sumber yang lain.
View this post on Instagram
Khabarnya, penyanyi lagu Aku Cinta ini sedang giat melakukan kerja dari rumah seperti mengusahakan perniagaan keropok lekor crispy frozen sepanjang PKP.
Perkembangan peribadi, Ernie memaklumkan bahawa dia bersyukur kerana dapat melalui fasa PKP dengan ‘berkurung’ di rumah bersama suami tercinta.
Terdahulu, Ernie dan Syamel telah melangsungkan perkahwinan pada 26 Mac lalu bertempat di Masjid Puncak Alam, Selangor. Mereka berdua kemudian diraikan di sebuah majlis resepsi di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur.