Hanya Dua Bulan Selepas Bebas Dari Penjara, Pelakon Indonesia Ditangkap Akibat Salah Guna Dadah Buat Kali Ketiga

Hiburan

Hanya Dua Bulan Selepas Bebas Dari Penjara, Pelakon Indonesia Ditangkap Akibat Salah Guna Dadah Buat Kali Ketiga

Meskipun sudah dua kali tertangkap kerana penyalahgunaan dadah, namun pelakon lelaki ini langsung tidak serik sehinggakan isteri sendiri sudah tidak tahan lagi.

Baru sahaja dua bulan bebas dari penjara, pelakon Indonesia Ammar Zoni dilaporkan sekali lagi ditahan akibat kesalahan yang sama.

Advertisement

Aktor berusia 30 tahun itu dikhabarkan telah ditahan disebabkan memiliki beberapa jenis dadah termasuklah syabu, ganja dan ubat-ubatan terlarang.

ammar zoni

Sementara itu, isterinya iaitu Irish Bella dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Ammar atau nama sebenarnya, Muhammad Ammar Akbar.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil namun sudah tidak tinggal sebumbung sejak aktor terbabit bebas dari penjara kali kedua.

irish bella

Namun kini, Ammar telah pun ditahan pihak berkuasa Indonesia buat kali ketiga dan media tempatan melaporkan pasangan tersebut bakal berpisah.

irish bella
6 months ago

"Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung" - Sebulan Selepas Suami Keluar Dari Penjara Sebab Kes Dadah, Aktres Indonesia Fail Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNN

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...