Meskipun sudah dua kali tertangkap kerana penyalahgunaan dadah, namun pelakon lelaki ini langsung tidak serik sehinggakan isteri sendiri sudah tidak tahan lagi.
Baru sahaja dua bulan bebas dari penjara, pelakon Indonesia Ammar Zoni dilaporkan sekali lagi ditahan akibat kesalahan yang sama.
Aktor berusia 30 tahun itu dikhabarkan telah ditahan disebabkan memiliki beberapa jenis dadah termasuklah syabu, ganja dan ubat-ubatan terlarang.
Sementara itu, isterinya iaitu Irish Bella dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Ammar atau nama sebenarnya, Muhammad Ammar Akbar.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil namun sudah tidak tinggal sebumbung sejak aktor terbabit bebas dari penjara kali kedua.
Namun kini, Ammar telah pun ditahan pihak berkuasa Indonesia buat kali ketiga dan media tempatan melaporkan pasangan tersebut bakal berpisah.