Seperti yang tular sebelum ini, kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition milik pelakon, Pekin Ibrahim terlibat dalam kemalangan di Putra Height.
Difahamkan, kereta yang baru seminggu sampai dari negara Jepun itu dipandu oleh rakannya sebelum terbabas.
Bukan itu sahaja, kemalangan itu turut mengakibatkan kereta hancur teruk dan mengalami total lost.
Terkini, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim didakwa bukan pemilik sebenar kenderaan itu.
Pemilik sebenar yang dikenali sebagai Asnina Muhammad berkata pelakon berusia 41 tahun itu hanya selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.
Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu.
Jelasnya lagi, segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak mereka.
Pekin hanya menunjukkan minat untuk memberi kenderaan itu sahaja.
Malah, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta tersebut adalah miliknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.