“Hanya Diberi Bantuan RM120..” – Didakwa Jatuh Sendiri Bukan Sebab Ditarik Kerusi, Ibu Kenit Ambil Tindakan Undang-Undang

Hiburan

“Hanya Diberi Bantuan RM120..” – Didakwa Jatuh Sendiri Bukan Sebab Ditarik Kerusi, Ibu Kenit Ambil Tindakan Undang-Undang

Ibu kepada pelakon kanak-kanak Puteri Rafasha ataupun lebih dikenali sebagai Kenit, Fatin Aliza memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang setelah anak perempuannya itu cedera parah setelah terjatuh akibat ‘prank’ tarik kerusi ketika di set penggambaran.

Memetik CNA, Fatin sudah pun melantik peguam bagi mewakili Kenit dan sedang menunggu laporan perubatan anaknya itu daripada pihak hospital.

Advertisement

Media tempatan sebelum ini melaporkan pelakon drama Jaga Aku Selamanya itu lumpuh seketika akibat patah tulang pinggul setelah kerusi yang hendak diduduki ditarik oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berada di set penggambaran.

Puteri kemudiannya terjatuh dan bahagian belakang badannya dikatakan terhantuk pada kaki besi tripod.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 22 Februari namun ibu bapa kanak-kanak perempuan itu hanya memohon maaf ketika pertemuan mereka pada 13 Mac yang lalu.

Maklum Fatin lagi, ada pihak mendakwa Fatin terjatuh sendiri dan bukannya disebabkan ‘prank’ berkenaan.

Malah, ibu bapa kanak-kanak itu ada memberi wang ‘bantuan’ sebanyak RM120 kepada Fatin bagi tujuan perubatan.

Perkembangan terkini, Puteri Rafasha sudah pun boleh berjalan menggunakan tongkat namun masih trauma dengan kejadian yang menimpanya itu.

Puteri Rafasya Kenit
1 year ago

"Pihak Terbabit Lepas Tangan" - Hampir Sebulan Lumpuh Akibat 'Prank' Tarik Kerusi, Kenit Sudah Boleh Berjalan

n

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...