Ibu kepada pelakon kanak-kanak Puteri Rafasha ataupun lebih dikenali sebagai Kenit, Fatin Aliza memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang setelah anak perempuannya itu cedera parah setelah terjatuh akibat ‘prank’ tarik kerusi ketika di set penggambaran.
Memetik CNA, Fatin sudah pun melantik peguam bagi mewakili Kenit dan sedang menunggu laporan perubatan anaknya itu daripada pihak hospital.
1. The mother of child actress Puteri Rafasya will pursue legal action, after the 12-year-old suffered a fractured hip from a chair-pulling prank on set.
Fatin Aliza told CNA, she has hired a lawyer and is waiting for her daughter's medical report. https://t.co/bXzqpfCoo3 pic.twitter.com/PYplHb361Q
— BFM News (@NewsBFM) March 22, 2023
Media tempatan sebelum ini melaporkan pelakon drama Jaga Aku Selamanya itu lumpuh seketika akibat patah tulang pinggul setelah kerusi yang hendak diduduki ditarik oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berada di set penggambaran.
Puteri kemudiannya terjatuh dan bahagian belakang badannya dikatakan terhantuk pada kaki besi tripod.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 22 Februari namun ibu bapa kanak-kanak perempuan itu hanya memohon maaf ketika pertemuan mereka pada 13 Mac yang lalu.
Maklum Fatin lagi, ada pihak mendakwa Fatin terjatuh sendiri dan bukannya disebabkan ‘prank’ berkenaan.
Malah, ibu bapa kanak-kanak itu ada memberi wang ‘bantuan’ sebanyak RM120 kepada Fatin bagi tujuan perubatan.
Perkembangan terkini, Puteri Rafasha sudah pun boleh berjalan menggunakan tongkat namun masih trauma dengan kejadian yang menimpanya itu.
n