Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanya Dibayar RM600 Sekali Pakej Kena Maki Bertubi-Tubi, Nabila Huda Imbau Kenangan Berlakon Buat Pertama Kali

Pelakon versatil, Nabila Huda baru-baru ini telah mengimbas kenangan ketika dia mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 2004 yang lalu menerusi filem Blok 404 arahan Silver Chong.

Nabila HudaSumber : Instagram Nabila Huda  

Nabila yang berkongsikan sedikit sedutan filem tersebut menerusi laman Instagram dan sempat menceritakan sedikit sebanyak dugaan dan pengalaman yang didapatinya sepanjang penggambaran kepada peminat media sosialnya.

Advertisement

Dia yang mesra disapa sebagai Abil memberitahu bahawa dia hanya menerima bayaran sebanyak RM600 dan turut berpeluang mengikuti siri jelajah satu Malaysia bagi tujuan mempromosikan filem tersebut.

Meskipun teruk dikritik, Abil yang kini berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana dapat bergandingan dengan pelakon Zamarul Hisham untuk pertama kalinya dan menimba ilmu lakonan daripada pengarah filem terbabit.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Advertisement

“Bayaran RM600 termasuk dengan jelajah satu Malaysia macam promosi filem. Murah bukan? Kena kencing mungkin. BBNU kan. Pengarah pertama yang mengarah Abil adalah Uncle Silver Chong. Mulut dia jangan cakap la, maki dan menjerit sampai nak keluar anak tekak saja setiap masa. Tapi hati dia baik dan dia banyak ajar Abil. Sampai bila-bila pun Abil takkan lupa dia.”

Menurutnya lagi, dia pernah dimaki bertubi-tubi hingga menangis ketika di set penggambaran namun Abil menganggap itu semua lumrah buat pelakon baru seperti dirinya.

Blok 404Sumber : Google  
View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Pelakon filem Munafik ini juga turut bercerita mengapa dia terjun ke bidang lakonan meskipun tidak langsung mempunyai minat untuk bergelar pelakon. Menurut Abil, dia terpaksa mencari kerja kerana ingin membayar bil telefon rumah arwah neneknya pada ketika itu yang melambung kerana sikapnya yang suka ‘bergayut’ di telefon.

Dia dilihat telah berkongsikan momen tersebut bersama anak perempuannya, Keisha Laila yang turut terhibur melihatkan ibunya beraksi dalam filem pertamanya, Blok 404.

SUMBER : Instagram Nabila Huda
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top