Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantu 100 peratus.
Baru-baru ini, Datin Patimah ada berkongsikan satu posting di IG Story luahan hati mengenai cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki pasangan selebriti tersebut.
Melalui hantaran foto itu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam telah memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumayyah sepanjang mereka bersama.
Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu bahawa ibu mentuannya menawar diri untuk menjadi sebagai pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapi dengan Syamsul.
Difahamkan, Datin Patimah mahu menjadi pencelah kerana dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang krisis terjadi memandangkan Syamsul dakwa Sarah nusyuz dan keluar rumah tanpa izin suami.