Pelakon, Anne Abdullah berharap pihak produksi tidak berat sebelah tentang isu artis veteran diberi bayaran yang tidak setimpal.
Memetik dari Mstar, pelakon tersebut turut berharap golongan artis veteran ini diberikan bayaran mengikut pengalaman dan tidak mendiskriminasi hanya kerana usia mereka sudah lanjut.
Industri kita ni banyak diskriminasi, bila artis lama sahaja tak mahu bayar mahal.
Tapi artis baru setahun jagung boleh pula bayar mahal dengan pengalaman yang tak setimpal.
Pelakon tersebut menjelaskan bahawa dia tidak marah kepada artis baru cuma menurutnya artis veteran juga perlu dibayar mahal dengan pengalaman mereka.
Anne berharap pihak produksi tidak akan mengabaikan pelakon veteran kerana nama mereka juga pernah menyerlah dalam industri.
Kena buka mata lihat artis veteran ini, jangan abaikan mereka sebab mereka juga pernah popular.
Mereka ni popular dulu sebab bakat dan bukan kerana media sosial seperti sekarang.
Pelakon itu turut menyimpulkan bahawa dia percaya masih ada produksi yang memandang bakat berbanding nilai daripada segi populariti dan dia bersyukur masih diberikan tawaran bekerja setelah 37 tahun dalam industri seni.
Pelakon itu turut membuat hantaran di akaun Instagramnya meluahkan hanya di Malaysia artis veteran tidak dipandang dan dibayar dengan bayaran yang rendah.
View this post on Instagram