Di negara ini, ramai orang boleh berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kerana ia dipelajari selama 11 tahun di sekolah. Bahasa ketiga biasanya dipelajari berasingan, sama ada di universiti atau melalui kelas-kelas berbayar.
Seorang gadis bagaimanapun, telah bercuti ke Korea Selatan dan sepanjang di sana, dia tidak mengalami masalah untuk bercakap bahasa Korea dengan penduduk tempatan, walaupun dia sebenarnya hanya mempelajari bahasa itu dengan menonton drama Korea!
Fasih bahasa Korea hanya dengan menonton drama Korea
Adik aku boleh cakap dengan orang korea kat korea, dengan hanya berbekalkan tontonan drama korea sepanjang zaman sekolah dia wtf pic.twitter.com/a7ySodxg6I
— Afif Fahd (@afif_fahd) November 7, 2018
Cakap dengan Ahjussi lain
Another video. Dia cakap dgn ahjushi lain dalam train pic.twitter.com/QITht3a2zn
— Afif Fahd (@afif_fahd) November 8, 2018
Obses drama Korea sejak sekolah
Sembang dengan Ahjussi
Memang betul-betul gadis ini minat dengan bahasa Korea. Drama dan boyband Korea Selatan mempunyai sebilangan peminat yang fanatik di Malaysia tetapi bukan semua mampu belajar bahasa itu hanya dengan menonton drama. Syabas diucapkan. – amazingnara.com
Sumber: Afif Fahd