Hanya Dengan RM12, Anda Boleh Selesaikan Masalah Peti Ais Yang Sudah Tidak Sejuk

Kehidupan

Hanya Dengan RM12, Anda Boleh Selesaikan Masalah Peti Ais Yang Sudah Tidak Sejuk

Pastinya ramai yang pernah berhadapan dengan masalah peti ais yang tidak sejuk. Suhu peti ais yang tidak menentu ini memang memeningkan kepala. Mana tidaknya, barang makanan yang tersimpan boleh rosak dan terpaksa dibuang.

Jika ingin dihantar ke kedai untuk dibaiki, sudah pasti memerlukan kos yang mahal. Tapi tahukah anda, sebenarnya peti ais yang tidak sejuk boleh dibaiki sendiri di rumah?

Advertisement

Modal serendah RM12 sahaja

Gambar hiasan

Menurut perkongsian salah seorang pengguna Facebook, masalah peti ais yang tiba-tiba menjadi sejuk beku di bahagian atas dan tak sejuk di bahagian bawah adalah berpunca daripada masalah defrost thermostat atau defrost sensor yang dah rosak. Mari kita tengok cara-cara untuk membaiki kerosakan ini.

Peralatan yang diperlukan:

  1. Screwdriver philip
  2. Cable tie
  3. Defrost thermostat
  4. Shrink tube / selotip hitam
  5. Hair dryer (jika perlu)

Penting! Anda diingatkan untuk menutup suis peti ais sebelum memulakan langkah seterusnya.

1. Buka penutup di bahagian atas peti sejuk.

Jika anda lihat keadaan dalam peti ais sudah dibaluti dengan ais tebal, inilah sebabnya peti ais anda tidak lagi sejuk.Cara-cara baiki 1

2. Tunggu ais mencair dengan sendiri

Jika anda tidak sabar menunggu anda boleh saja menggunakan hair dryer untuk mencepatkan proses pencairan ais.

Langkah 2

3. Tarik keluar sensor

Apabila ais dah cair, anda akan lihat sensor peti ais dalam tiub berwarna pink. Potong pengikat wayar (cable tie) dan keluarkan sensor tersebut.

Langkah 3

Sensor peti ais

4. Gantikan dengan sensor yang baru

Potong wayar asal dan sambungnya pada sensor yang baru. Anda tak perlu risau bagaimana ingin menyambungnya kerana tiada polariti. Kemaskan menggunakan shrink tube (warna hijau) atau selotip hitam.

langkah 4

langkah 4

5. Kemaskan

Akhir sekali, letakkan sensor pada kedudukan asalnya dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Anda juga perlu mengikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya sensor tidak bergerak. Pasang semula penutup peti ais dan siap.

langkah 5

Langkah 5

Mudah dan murah bukan? Lepas ni dah boleh baiki peti ais sendiri!

Sumber (1)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...