Pastinya ramai yang pernah berhadapan dengan masalah peti ais yang tidak sejuk. Suhu peti ais yang tidak menentu ini memang memeningkan kepala. Mana tidaknya, barang makanan yang tersimpan boleh rosak dan terpaksa dibuang.
Jika ingin dihantar ke kedai untuk dibaiki, sudah pasti memerlukan kos yang mahal. Tapi tahukah anda, sebenarnya peti ais yang tidak sejuk boleh dibaiki sendiri di rumah?
Modal serendah RM12 sahaja
Menurut perkongsian salah seorang pengguna Facebook, masalah peti ais yang tiba-tiba menjadi sejuk beku di bahagian atas dan tak sejuk di bahagian bawah adalah berpunca daripada masalah defrost thermostat atau defrost sensor yang dah rosak. Mari kita tengok cara-cara untuk membaiki kerosakan ini.
Peralatan yang diperlukan:
- Screwdriver philip
- Cable tie
- Defrost thermostat
- Shrink tube / selotip hitam
- Hair dryer (jika perlu)
Penting! Anda diingatkan untuk menutup suis peti ais sebelum memulakan langkah seterusnya.
1. Buka penutup di bahagian atas peti sejuk.
Jika anda lihat keadaan dalam peti ais sudah dibaluti dengan ais tebal, inilah sebabnya peti ais anda tidak lagi sejuk.
2. Tunggu ais mencair dengan sendiri
Jika anda tidak sabar menunggu anda boleh saja menggunakan hair dryer untuk mencepatkan proses pencairan ais.
3. Tarik keluar sensor
Apabila ais dah cair, anda akan lihat sensor peti ais dalam tiub berwarna pink. Potong pengikat wayar (cable tie) dan keluarkan sensor tersebut.
4. Gantikan dengan sensor yang baru
Potong wayar asal dan sambungnya pada sensor yang baru. Anda tak perlu risau bagaimana ingin menyambungnya kerana tiada polariti. Kemaskan menggunakan shrink tube (warna hijau) atau selotip hitam.
5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada kedudukan asalnya dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Anda juga perlu mengikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya sensor tidak bergerak. Pasang semula penutup peti ais dan siap.
Mudah dan murah bukan? Lepas ni dah boleh baiki peti ais sendiri!
Sumber (1)